BEIJING: Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, merasmikan Apple Store fizikal yang pertama di India pada Selasa.
Sebelum ini, beliau pernah melawat Apple Store di Sanlitun, Beijing, iaitu kedai fizikal pertama di China yang dibuka pada 2008.
Jika dibandingkan dengan analisis sebahagian media Barat yang meramalkan keruntuhan ekonomi China berikutan faktor populasi India yang akan melebihi China, ia sebenarnya agak kurang meyakinkan.
Sebaliknya, China mempunyai banyak pengalaman boleh dikongsi dengan India dalam pembangunan negara yang mempunyai populasi 'raksasa'.
Menurut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), populasi India dijangka melebihi China, sekali gus menjadi negara dengan populasi terbesar di dunia menjelang pertengahan tahun ini.
Pada masa sama, Ketua Cawangan Populasi dan Pembangunan Tabung Populasi PBB (UNFPA), Rachel Snow menunjukkan bahawa banyak populasi India terlibat dalam pasaran tenaga kerja yang tidak rasmi dan mempunyai taraf pendidikan yang tidak seimbang.
Dengan kadar kelahiran di India yang kini berada di bawah paras 2.1, ini bermakna, setelah mencapai kemuncak populasi, penuaan masyarakat India juga bakal sama seperti China pada masa ini. Justeru, amat penting untuk membuat persediaan bagi menghadapi cabaran masyarakat menua.
Sudah tentu populasi yang besar dan terus bertambah akan membawa faedah kepada pembangunan ekonomi India. China sebagai jiran gembira melihat India berkembang secara damai dan stabil, termasuk dari segi populasi.
Namun, apa yang mustahak ialah untuk memastikan bahawa pertambahan populasi tidak menyumbang kepada penambahan populasi miskin.
Usaha pembasmian kemiskinan di India amat memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Bagaimanapun, di India masih terdapat 228 juta penduduk hidup dalam kemiskinan pada tahun 2020. Impak pandemik memburukkan lagi keadaan apabila populasi miskin di negara itu bertambah kepada 56 juta pada tahun itu.
Unsur yang mengganggu peningkatan taraf hidup penduduk miskin di negara itu amat rumit, termasuk kawasan desa yang kurang infrastruktur lengkap dan sistem kasta yang masih mempengaruhi masyarakat secara meluas hingga ke hari ini. Penyelesaiannya bergantung kepada kebijaksanaan dan keberanian kerajaan India.
Populasi yang terbesar di dunia akan membantu India menarik pelaburan asing dengan pasaran domestik, seperti apa yang berlaku di China.
Ini akan menyediakan sejumlah besar peluang pekerjaan, membantu menyelesaikan masalah 'pasaran tenaga kerja tidak rasmi' dan membantu mengurangkan golongan miskin. Bagaimanapun, taraf tidak seimbang dalam bidang pendidikan akan 'mengganggu' penduduk tempatan untuk menyesuaikan diri dengan peluang kerja baharu.
Keterbukaan China dan India boleh dikatakan dimulakan hampir pada masa yang sama. Namun agak berbeza dengan China apabila tenaga kerja yang masuk ke kilang syarikat transnasional sekurang-kurangnya perlu menamatkan pelajaran sekolah menengah atau diperkenalkan sebagai pendidikan wajib sembilan tahun.
Sementara di India, meskipun peruntukan pendidikan ditingkatkan secara besar-besaran dalam tempoh sedekad ini, hanya sebahagian penduduk sahaja berpeluang menerima pendidikan elit dan 1/4 populasi di India terdiri mereka yang buta huruf (berdasarkan statistik PBB).
Faedah yang dibawa oleh populasi akan memacu pembangunan ekonomi India. Namun, perkembangan ekonomi akan menurunkan kadar kelahiran. Ini telah banyak kali terbukti di China dan pelbagai negara maju.
Kadar kelahiran pada 2.1 dilihat sebagai standard yang mampu mengekalkan jumlah populasi. Kadar kelahiran di Jerman mencatat 1.4, Perancis (1.8), Jepun (1.36) manakala Korea Selatan (0.92).
Mencari keseimbangan antara kadar kelahiran dan ekonomi ini memerlukan kebijaksanaan kerajaan India. Kadar kelahiran 2.1 ke atas dapat membantu menyediakan tenaga kerja yang mencukupi, tetapi beban belanjawan kerajaan akan terus meningkat. Ini juga merangkumi usaha menjamin bekalan makanan, tenaga, ekologi dan lain-lain.
Jika kadar kelahiran di bawah 2.1 pula, ia dapat membantu mengurangkan tekanan buat sementara, tetapi bakal berdepan cabaran masyarakat menua. Tenaga kerja berkurang manakala kos penjagaan golongan warga emas akan meningkat.
Kerajaan China pula masih mencari penyelesaian yang sempurna. Penulis berharap pengalaman dan perkongsian China dapat membantu kerajaan India dalam merangka dasar pada masa depan.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dan India hampir sama pada tahun 1990-an iaitu kira-kira US$40 bilion (RM177.4 bilion) saja. KDNK per kapita juga hampir sama. Berdasarkan statistik pada 2022, India melebihi Britain menjadi entiti ekonomi kelima terbesar di dunia apabila KDNK meningkat kepada US$3.39 trilion (RM15 trilion). Sementara KDNK China mencatat US$18 trilion (RM79.8 trilion).
Melihat kepada pertumbuhan pesat KDNK China dan India, ia menandakan sudah tibanya 'Abad Asia'. Kedua-dua negara juga menjadi ahli BRICS dan RCEP turut mengalu-alukan keanggotaan semula India. Dengan skala ekonomi, pasaran dan populasi yang terbesar di dunia, kerjasama antara kedua-dua negara mampu membawa faedah besar kepada Asia yang sekali gus akan mempengaruhi perkembangan dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Populasi India dijangka melebihi China, sekali gus menjadi negara dengan populasi terbesar di dunia menjelang pertengahan tahun ini. - Fail/AP
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
PDRM kesan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' libat kerugian lebih RM2 juta
PDRM mengesan kewujudan skim penipuan pelaburan 'MIDF Investment' yang menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi Facebook dengan keuntungan dalam tempoh antara tiga hingga enam jam.
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Papua New Guinea pantau situasi kejadian tanah runtuh
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby boleh dihubungi melalui nombor telefon 675-3251506 (waktu pejabat) dan 675-3252076 (selepas waktu pejabat).
48 penumpang, anak kapal SQ321 masih dirawat di hospital di Bangkok
Setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit dan dua di Hospital Bangkok.
Sepak takraw: Malaysia sekarang lebih kuat dari Thailand - Pengurus Thailand
Pengakuan itu dibuat Tumpracha selepas menyaksikan Malaysia menumbangkan Thailand dalam acara double dan regu di Stadium Titiwangsa, Rabu lepas.
DSA NATSEC Asia 2024 buka peluang integrasi teknologi terkini dalam keamanan negara
Penganjuran DSA NATSEC Asia 2024 memberi peluang kepada syarikat industri pertahanan dan keselamatan tempatan memperkenalkan serta mempamerkan keupayaan masing-masing selari dengan kemajuan teknologi.
Dituduh curi wang, warga emas dipukul anak dengan kerusi
Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.
Restoran runtuh di Kepulauan Balearic Sepanyol, 4 terkorban
Insiden itu berlaku apabila sebuah restoran yang terletak di tingkat bawah bangunan tersebut tenggelam ke tingkat bawah tanah.
Bank Dunia lulus projek AS$40 juta bantu sektor pekerjaan Kemboja
Di bawah Skills for Better Jobs Project, kira-kira 33,000 rakyat Kemboja dijangka menerima latihan untuk meningkatkan kualiti pasaran buruh.
Pertambahan populasi India bakal beri faedah dan cabaran
Populasi India dijangka melebihi China, sekali gus menjadi negara dengan populasi terbesar di dunia menjelang pertengahan tahun ini.